Nuffnang Ads

Tuesday, July 16, 2019

RESEPI : Aglio Olio Terbaik Viral

Assalamualaikum semua.... 

apa khabar?? rasa hari ini aku nak share resepi lagi iaitu aglio olio..makanan ni mudah dan senang sangat nak buat..boleh juga nak jamu tetamu yang bertandang kat rumah kita kan.....

resepi yang aku nak tunjuk ni dari kawan aku juga...so bila aku try buat memang sedap...
aku yang dari awal tak pandai makan spageti sampai dah jadi favourite sekarang nie..so boleh bayang tak macam mana sedapnya tu...heheehehe

jadi mari aku tunjuk macam mana nak buat resepi nie dengan mudah dan pantas..



gambar yang di atas nie adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat spageti aglio olio ni..jadi bahan-bahannya adalah
*udang (beberapa ekor)
*cili kering (satu piring air)
*bawang merah (satu biji)
*bawang putih (satu biji)
*baby tomato (beberapa biji)
*sayur (ikut kesukaan)
*serbuk oregano

cuci semua bahan diatas sehingga bersih dan jangan lupa rebus spageti dulu bagi masak lepastu toast kan ia bagi kering sebelum kita masukkan dalam kuali...

Step 1:  tumiskan bawang bersama cili kering untuk mendapatkan aroma yang wangi 

Step 2: masukkan udang yang telah digoreng sekejap untuk mendapatkan kulit udang yang berwarna kekuningan emas

Step 3: masukkan spageti yang telah direbus sebentar tadi.. serta letakkan bersama sedikit garam dan gula secukup rasa

Step 4: setelah digaulkan semua bahan diatas..tiba masa masukkan sayur dan baby tomato dan gaul semula...biarkan seketika sehingga sayur tersebut masak...

Step 5: taburkan serbuk oregano diatas dan gaul sehingga rata..dan biarkan sehingga masakan itu betul-betul masak...

Step 6: siap untuk dihidang.......


nyummmy kan...serius anda semua boleh cuba dirumah..jangan lupa bismillah sebelum makan..okay...

kalau makanan macam ni laki aku boleh tambah banyak kali...perut western betulkan...hehehe..tapi tak kisahlah western ke east ke..yang penting dia makan dengan enjoy...😁😂😁


SO SELAMAT MENCUBA SEMUA... 

KEYWORD:JOFLIAM DAN CIKEPAL SAMAN NETIZEN,TRAVEL,FOOD,PARENTING,BABY,GOOD,HOME, SOCIAL MEDIA,VIRAL