Nuffnang Ads

Monday, April 15, 2019

VIRAL : PENANGAN BLOG CIK EPAL PART 2

                                                             
                         بسم الله الرحمن الرحيم


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....

Kembali lagi kita hari ini, harap semua sihat-sihat ya...okay hari nie aku nak sambung cerita semalam yang belum jumpa ending dia lagi.. semalam aku sibuk buat kek so terpaksa la aku tangguhkan dahulu bebelan aku nie.

So, sambungan dia macam nie, eh... sebenarnya aku nak bagitahu gambar yang aku cakap nak tunjuk tu memang dah tak ada...merata-rata aku cari tak jumpa juga sebenarnya...so dengan rendah hati aku minta maaf dekat hampa semua...

But it okay kita sambung ja ceritanya..then lepas ja aku buat test memang result macam nie..jap aku google kat hampa..disebabkan aku tak ada gambar original so terpaksa la aku google sendiri cari...




ha....macam ni la rupanya...sebijik wehh...sebab aku kan first time so aku tak tahu apa nie result positive or negative.. then aku sent gambar nie dekat kakak aku, then you know what dia cakap "ha positif la nie..tahniah...p klinik buka buku merah" lebih kurang macam tu la dia cakap..  

Lepas ja ku g buat check up dekat klinik memang disahkan aku mengandung 6 weeks..alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi anak awalkan..so mula la hidup aku lalui fasa ibu mengandung dari first trimester, second trimester..alahan apa semua tu tak payah cerita la kan..memang semua ibu mengandung akan lalui fasa-fasa tersebut cuma teruk or not je..

so, pada third trimester tak silap aku, weeks 34 or 35 entah, akak aku ada bagi akar kacip fatimah tak silap aku orang panggil benda tu.. jap aku tunjuk kat hampa rupa dia..


ha..nie la dia rupa bentuknya..bila kita rendam dalam air dia akan jadi kembang semangkuk, macam nie...


so aku pun buat la macam gambar diatas(google) aku minum 2 botol ye..hahaha...selama dua hari aku minum..hahahaha... jadi bila masuk saja minggu ke 35 hampir-hampir minggu ke 36, tiba-tiba air ketuban aku pecah dekat rumah..mula tu aku ingat air kencing so aku relax la dulu sebab tak sakit weh tapi bila dibiarkan makin lama makin banyak..time tu husband aku baru saja pergi kerja about 30 minute macam tu..dah tu apa lagi memang zapp aku capai handfone aku kol akak aku.. tanya dia air ketuban macam mana kalau turun..pastu warna apa..then dia bagitahu sekian-sekian aku terus kol husband aku suruh balik cakap air 'mungkin' air ketuban dah pecah...

sesampai ja husband aku depan pintu, aku pun get ready nak keluar rumah masuk dalam kereta sebab barang semua aku dah prepare siap-siap depan pintu..so tak kalut sangat pasal barang tu..then kami pun pergi la Hospital dekat ward Labour room..seriously, aku ni mula-mula tu ingat labour room tu memang betul-betul bilik bersalin..rupanya labour room tu besar.. so sementara nak tunggu giliran aku untuk masuk check kami tunggu kat tempat menunggu.. dalam berapa minit macam tu doc panggil nama aku suruh masuk bilik untuk buat check up..and guess what,memang ternyata air ketuban aku yang pecah dan semakin berkurangan.. so aku kena admit ward semalam..doc bagi aku masa 24 jam dan dia cakap kalau aku tak sakit contraction dalam masa 24 jam aku akan di cser untuk selamatkan bayi tersebut..

malam aku warded, memang tak dapat tido weh..nervous sangat...pastu tak silap aku pukul 3 pagi nurse datang check CTG (hampa google la sendiri apa tu CTG) , time tu nurse tu cakap ''esok pagi pukul 7 kita masuk ubat ya jadi kena mandi awal sikit pastu beratur dekat depan kaunter'' so aku pun ya kan ja sebab memang dah tak boleh buat apa.. jadi bila tiba waktu pukul 7 aku pergi beratur dan u know what my name is the first one.. mengelabah biawak weh.. mahu ka tak kena juga masuk..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lepas ja masuk ubat aku disuruh untuk baring diatas katil dan tidak dibenarkan untuk bergerak kemana-mana selama 1 jam.. dan memang satu jam la aku terbaring atas katil tu sambil nangis sorang sebab sakit dia lain macam weh..elok lepas sejam nurse datang suruh aku pergi kencing tapi time tu air ketuban still lagi keluar sikit-sikit.. non stop weh dari first turun..oh lupa nak cakap doctor tu ada pesan dekat aku, dia cakap' kalau awak tak sakit lagi dalam masa 6 jam pukul 1 kita terus cser ya" so macam biasa aku pon ya kan saja... tp lepas je sejam mungkin ubat tu bagi tindak balas tiba-tiba perut aku rasa sakit-sakit.. tapi sakit sengal-sengal macam tu ja..macam-macam ayat dah aku duk baca sambil-sambil buat senaman ringan..nak bagi mudah baby keluar orang cakap.. so time aku duk senaman tu ada nurse datang lagi mintak aku baring untuk buat check up CTG lagi untuk kali yang ke berapa pun aku tak ingat..

ha..jeng..jeng...tiba-tiba perut aku sakit yang tersangat-sangat..dan aku ditolak masuk ke dalam labour room..tak sampai 30 minit aku baring dalam labour tu,alhamdulillah dengan bersalin normal keluar lah seorang hero aku yang dikatakan pre-matured baby..aku bersalin dekat dia 35 weeks 6 days.. tarikh dia keluar dari perut aku pon cantik sangat 16/9 HARI MALAYSIA weh...

so, sambungan cerita nie aku sambung nanti..kalau sempat aku cerita kejap lagi..

ok tada...bye... assalamualaikum...see you soon guys..

 

Sunday, April 14, 2019

Viral : PENANGAN BLOG CIK EPAL DAN HANIS ZALIKHA

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tanggal 01 DIS 2017, 

Seorang anak perempuan iaitu aku dari lima orang adik beradik telah diijab kabul bersama seorang lelaki. Kami telah dinikahkan di sebuah masjid di kampungku.

Selepas aku berkahwin selama dua minggu, alhamdulillah rezeki menjemput aku untuk bekerja di sebuah syarikat. Alam pekerjaan yang aku lalui hanya sementara. Lebih kurang dalam tempoh 3 bulan.

Pelbagai pengalaman yang aku pelajari sepanjang tempoh bekerja itu. Tetapi malangnya company tersebut tidak dapat bertahan lama kerana krisis kewangan. So aku ambil keputusan untuk berhenti dan kebetulan waktu aku berhenti itu company tersebut memang tidak lagi meneruskan contract dengan main sub company.

Pada tarikh sekian sekian. yada T_T...sebelum aku berhenti kerja aku ada check pregnancy test untuk yang first time...and guess what the result is: 

ya the result yang aku dapat is negative.. sorry la gambar ni aku ambil dari google sebab aku memang tak da gambar original..almaklum la kan..result negative so aku buang terus dalam tong sampah..hehehe🙋🙋

Then tak silap aku pada hujung bulan 2 or 3 aku buat lg sekali test.. yang boleh tiba-tiba rasa nak check untuk kali kedua tu sebab aku rasa macam pelik period aku datang sehari ja..then aku ajak suami aku pergi beli alat pregnancy test..hampa jangan tanya aku pulak kat mana nak beli😠😠..kang aku cepuk jugak sorang-sorang.. hampa pergi saja mall yang besar-besar kan ada Watson Guardian bagai tu dak pon pergi saja seven11 tu bersepah jual benda alah tu..jangan beli benda lain sudah lah.. alah beli yang murah-murah sudah yang satu berapa ringgit entah tapi yang pasti tak sampai rm10.. itu pon kalau nak jimat macam aku la..kalau hampa ada duit lebih beli la CLEAR BLUE  yang harga rm50++..ikut kemampuan masing-masing lah kan..

Setelah aku buat ujian tersebut aku dapati result nya (ceh tetiba ayat macam skema).. ya sebenarnya aku confius negative ka positif result dia.. sebab line dia macam nie.. sat aku tunjuk kat hampa gambar original yang aku snap sendiri lepas aku letak air kencing...

Eh sorry la hampa..tetiba bila aku check balik dalam handphone aku tak ada pulak..so nanti aku tunjuk nah...

eh nanti aku sambung balik cerita..insya ALLAH kalau ada kelapangan masa malam nie aku sambung cerita..KEK MARBEL dah masak aku nak pergi check tengok jadi apa kat kek tu... 

bye guys... see you soon..   

EH  by the way, nanti aku ceritakan pulak apa kisah sebalik KEK MARBEL..😁😁😍