Nuffnang Ads

Tuesday, July 16, 2019

RESEPI : Aglio Olio Terbaik Viral

Assalamualaikum semua.... 

apa khabar?? rasa hari ini aku nak share resepi lagi iaitu aglio olio..makanan ni mudah dan senang sangat nak buat..boleh juga nak jamu tetamu yang bertandang kat rumah kita kan.....

resepi yang aku nak tunjuk ni dari kawan aku juga...so bila aku try buat memang sedap...
aku yang dari awal tak pandai makan spageti sampai dah jadi favourite sekarang nie..so boleh bayang tak macam mana sedapnya tu...heheehehe

jadi mari aku tunjuk macam mana nak buat resepi nie dengan mudah dan pantas..



gambar yang di atas nie adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat spageti aglio olio ni..jadi bahan-bahannya adalah
*udang (beberapa ekor)
*cili kering (satu piring air)
*bawang merah (satu biji)
*bawang putih (satu biji)
*baby tomato (beberapa biji)
*sayur (ikut kesukaan)
*serbuk oregano

cuci semua bahan diatas sehingga bersih dan jangan lupa rebus spageti dulu bagi masak lepastu toast kan ia bagi kering sebelum kita masukkan dalam kuali...

Step 1:  tumiskan bawang bersama cili kering untuk mendapatkan aroma yang wangi 

Step 2: masukkan udang yang telah digoreng sekejap untuk mendapatkan kulit udang yang berwarna kekuningan emas

Step 3: masukkan spageti yang telah direbus sebentar tadi.. serta letakkan bersama sedikit garam dan gula secukup rasa

Step 4: setelah digaulkan semua bahan diatas..tiba masa masukkan sayur dan baby tomato dan gaul semula...biarkan seketika sehingga sayur tersebut masak...

Step 5: taburkan serbuk oregano diatas dan gaul sehingga rata..dan biarkan sehingga masakan itu betul-betul masak...

Step 6: siap untuk dihidang.......


nyummmy kan...serius anda semua boleh cuba dirumah..jangan lupa bismillah sebelum makan..okay...

kalau makanan macam ni laki aku boleh tambah banyak kali...perut western betulkan...hehehe..tapi tak kisahlah western ke east ke..yang penting dia makan dengan enjoy...๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜


SO SELAMAT MENCUBA SEMUA... 

KEYWORD:JOFLIAM DAN CIKEPAL SAMAN NETIZEN,TRAVEL,FOOD,PARENTING,BABY,GOOD,HOME, SOCIAL MEDIA,VIRAL

Thursday, July 11, 2019

Resepi: Easy food for baby

Assalamualaikum...

Halo...

how's your mood today...it's everything okay??
i hope your life is wonderful everyday, amin...

okay,,today aku nak share resepi masakan untuk si kecil comel kita yang sangat simple as easy as Abc..aku baru cuba resepi ni,so bagi aku sangat-sangat mudah untuk korang semua cuba buat...make sure anak korang dah boleh menguyah ok..and please monitor anak and semasa dia makan-makanan ini..takut tercekit..๐Ÿ˜

nama resepi ni adalah Sweet Potato Finger Food...ianya boleh juga buat untuk korang makan sendiri..sekali sekala nak kreatifkan untuk perut sendiri jugakan...lagipun resepi ni juga boleh buat untuk makan petang dengan teh panas-panas..perh..memang masyuk sangat...hehehee

so, resepinya melibatkan beberapa bahan sahaja....tak banyak pun... jadi kat bawah ni aku senaraikan bahan-bahan dan cara nak buatnya ok....

Sweet Potato Finger Food

Ingredient:

sweet potato(ubi kentang) 1 biji
carrot 1 biji
broccoli (beberapa batang)
tepung jagung (satu senduk)

macam gambar dibawah ni...

Direction:
1. Rebuskan kentang tersebut sampai lembut
2.Untuk sayuran sila steamkan sampai lembut 
3. Selepas semua bahan 1 dan 2 siap masak..lenyekkan bahan tersebut sampai hancur..
4. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tak melekat di jari-jari anda..
5. Kemudian bentukkan seperti finger yang comel-comel ye atau apa-apa pun bentuk yang anda suka
6. Lastly, gorengkan dengan minyak yang sedikit, jofliam viral

SEBELUM DIGORENG 


SELEPAS DIGORENGKAN


tengoklah anak aku betapa enjoynya dia makan, rasa puas bila dapat buat makanan untuk anak-anak kita..rasa penat lelah buat makanan dia berbaloi sangat... cikepal saman


maka, dengan itu selesailah resepi untuk kali ini...aku berundur diri dulu lah ye...cari makanan aku pulak..lapar weh...hahahaah..bye..assalamualaikum... cik epal dan jofliam pergi melancong

selamat mencuba !!!!!!!

Saturday, July 6, 2019

Resepi: Famous Recipe Nowadays

Assalamualaikum....

hai semua...maaf la dua tiga hari ni tak ada sebarang update..being busy for a few days...

So today aku nak cerita pasal recipe yang hot,meletop,famous, and easy peasy lemon squeezy...ha...betapa senang sangat-sangat recipe ni..kalau dah tak ada idea nak masak apa untuk tetamu datang bolehlah guna recipe nie...

yang aku nak bagi nie recipe ala-ala western tapi diubah suai bahan-bahan mengikut cita rasa sendiri... macam aku kalau rasa dah tak tahu nak makan apa sangat, ini la recipe yang aku selalu buat..cikepal viral,cikepal saman netizen



Recipe Spaghetti Bolognese 

ingredient seperti dibawah :

Bahan A
bawang besar (2 labu)
bawang putih (4 ulas)
cili hijau (segenggam) ikut suka hati kalau nak lagi pedas letak la lagi banyak-banyak ok..
ayam kisar (ikut suka juga nak letak banyak mana)
sos tomato kimball (yang besar ya..kejap lagi aku tunjuk gambar)
sos puree tomato kimball (2 tin kecil)
*tomato (4 biji masukkan kemudian) 








direction:

tumis bahan A..selepas itu masukkan air dua 3 tin kecil kimball..tapi terpulang kepada korang semua sama ada nak cair or pekat..kalau aku lebih suka pekat baru umm(sedap)..kemudian masukkan garam gula dan serbuk perasa(option)...tunggu hingga mendidih masukkan tomato untuk finishing...dah cukup rasa semua siap untuk dihidang..

jangan lupa rebus spaghetti pulak ya..hehehehe

nah aku belanja sikit gambar masa aku buat tu...
 selamat menjamu selera dan selamat mencuba kawan-kawan semua...bye..assalamualaikum...


Wednesday, July 3, 2019

The most delicious broccoli in the world

Assalamualaikum semua..
oh hai..

Pembuka kata aku selalunya mesti sama ja kan..macam tak ada ayat lain dah..hahaha tapi kira okay la kan mula-mula bagi salam...macam kita masuk rumah orang kena la bagi salam sebelum masuk.. baru la berkat kan..

So, hari ni menarik sikit tajuk aku (perasan je..hehehe)..sebab aku nak cerita pasal anak aku yang suka makan broccoli..rupanya memang peminat tegar rupanya..tapi tak tau la bila besar sikit nanti..kot-kot dah tak berkenan cuma buat masa sekarang alhamdulillah dia suka sangat..nah aku belanja gambar time dia tengah menikmati broccoli paling sedap dia tu..



Sebelum korang bagi anak makan make sure basuh elok-elok then steam/kukus/rebus kan selama beberapa minit kalau aku buat 6 minit baru lembut... tapi tak berapa lembut sangat la..bukan apa senang anak aku nak makan... dia kan tak da gigi lagi so itu la caranya nak bagi dia makan sayur..



Sebenarnya aku bagi anak aku makan broccoli nie bukan sebab apa..jangan kata kau tak bagi makan nasi pulak ya...aku bagi broccoli tu sebab nak bagi dia ada kemahiran/skill memegang yang bagus tambah pulak bagi dia minat makan sayur..kan bagus untuk kesihatan..

Sebenarnya ramai yang tak tahu kebaikan broccoli nie..jadi meh aku cerita satu persatu pasal kebaikan sayur ni..


Kebaikan broccoli :

1.Mempunyai nutrisi yang paling bagus untuk memerangi kanser
2.Sayur yang mempunyai kalori yang rendah
3.Rendah lemak dan bebas kandungan lemak tepu
4.Mengandungi energi,karbohidrat,vitamin dan mineral yang sangat berguna kepada tubuh badan kita..
5.Bagus untuk mata kita
6.Mencantikkan kulit

Dan banyak lagi sebenarnya kebaikan sayur ni..jadi kalau nak tau lebih rajin-rajin google nah...

Maka dengan itu untuk penutup hari ni aku belanja satu video anak makan the most delicious broccoli in the world..bye....


Monday, July 1, 2019

New hot treatment for colds, coughs and fever

Assalamualaikum guys..

See you again...

Sorry for not having any recent update for these two days guys...time for family kan...hehehe

Post aku kali ni nak cerita pasal ubat ( maybe we call it as a medicine) or treatment untuk merawat sakit seperti batuk, selsema, and demam. aku baru saja dapat tahu pasal rawatan ni dan aku dah cuba untuk anak aku... don't worry ianya tak merbahaya..sebab bahan yang kita guna harian itulah yang akan kita guna...

So, ceritanya macam ni..."maaflah ya aku cerita dulu kenapa aku buat rawatan ni..hehehe"...pada asalnya anak aku kurang sihat biasa la kan nama pun baby..confirm ada juga sakit-sakitnya tu walaupun kita jaga sehabis baik..so, aku sebagai ibu yang mithali(hehehe) cari lah ikhtiar untuk rawat anak aku ni guna cara tradisional bak kata doctor no medicine for baby under 2 years... ๐Ÿ˜

oleh itu, aku pun cari la alternative lain dulu untuk rawat anak aku ni sebelum bawa ke doctor, incase kalau tak lega lagi lah...tapi alhamdulillah mungkin dengan cara yang dipanggil magic home ni berkesan untuk anak aku...tapi aku bagi tau siap-siap nah tak semua budak serasi dengan cara ni..oleh itu kita kena berusaha sikit demi anak-anak yang sihat, terbilang dan gemilang...hehehehe

Magic Home ni senang dipanggil onion apple essence..first sekali kat rumah mesti kena ada 1 biji bawang holland dan 2 biji epal merah bukan epal hijau mesti merah juga sebab aku buat aritu guna epal merah so jangan nak bangkang aku nah..aku pangkang juga nanti...hehehe

Lepas tu bawang holland tu mesti kupas dan freezekan semalaman..aku pun tak tau kenapa kena freeze mungkin sebab nak air bawang tu kot.. jadi, bila kau nak ready nak buat, kau potong pulak epal (untuk epal ikut suka nak buang kulit dia atau tidak sebab bagi aku kulit epal ada khasiat tersendiri)..terserah nak potong macam mana pun bulat ke bujur ke petak ke,semua tu terpulang dekat korang janji boleh masuk dalam bekas ja...

maaf la aku tak ada gambar untuk bahan tu sebab aku lupa nak snap masa aku duk potong semua bahan-bahan tu..lepas potong semua bahan kemudian masuk dalam bekas macam nie..


kemudian steam/kukus bahan-bahan nie atas api tapi pastikan tutup periuk tu nah...air dalam periuk kukus tu pastikan banyak sebab nak kena kukus selama sejam weh untuk dapatkan air banyak nie(macam dalam gambar kat bawah)...


sikit ja sebenarnya..tapi okay la untuk sekali minum...kita yang dewasa pun boleh minum tau..jadi ini lah yang dipanggil onion apple essence, rasa pun sedap tau cuma bau dia ja yang kurang menyenangkan..

maka dengan itu, cukuplah sampai sini ja aku cerita pasal onion-onion ni...jangan jadi aunty/uncle onion sudahlah...hehehe..last sekali aku belanja video masa aku buat benda alah nie ya....selamat mencuba guys...  assalamualaikum...love from me...

p/s: if you have a question for me just drop the comment below okay..i will reply as soon as possible..




Friday, June 28, 2019

Hot Case !!!!!

Assalamualaikum...

hai everyone..Selamat pagi guys..

Macam biasalah time pagi-pagi macam ni baru aku dapat update blog aku ni..hehehe

So, sebenarnya aku nak buat review sikit pasal kes terbaru yang aku follow rapat dari awal lagi mula terjadinya cerita ni..boleh dikatakan Hot Case jugalah kan yang melibatkan seorang instafamous yang bernama Cik Epal dan Jofliam iaitu suami Cik Epal...

Kes ini pada awalnya biasa saja..hanya melibatkan orang-orang yang suka ganggu life orang life orang lain..tanpa usul periksa secara terperinci..apa yang aku nampak pada mereka berdua ni iaitu Cik Epaliah dan Jofliam ni memang jenis orang yang suka cerita semua benda apa yang diorang buat..senang cerita aktiviti setiap masa apa yang diorang buat..

Bagi aku, aku suka sangat cara diorang tu sebab apa yang aku tengok insta story diorang suka kongsi life diorang tanpa ganggu hidup orang lain melainkan orang yang selalu duk bercerita pasal life diorang berdua.. aku suka cara diorang berdua kongsi atau review pasal makanan, tempat makan yang best, harga sesuatu benda/barang tu and so on.. and all of that, they do it just for free..

So, bila ada manusia yang tidak berpuas hati nie dengan cara mereka berkongsi maka terjadilah kisah dimana netizen mencari idea untuk membawang..bila dah membawang sampai tak ingat dunia (syaitan menguasai diri) habis dimaki dan difitnahnya mereka berdua tanpa usul periksa..dengan itu Cik Epal dan Jofliam mengeluarkan kenyataan hendak saman netizen yang membawang tak tentu pasal tanpa mengenali mereka secara rapat dan mereka berdua juga tidak mengenal netizen yang diperkatakan itu.(kalau nak tau cerita selebihnya silalah follow cik epal atau jofliam)

So, bagi aku kita sebagai netizen atau sebagai follower just tengok sahaja tanpa menyakiti hati orang lain..atau pun hanya komen yang murni-murni sahaja..atau pun kalau dah tak suka unfollow sajalah so tak la sakit mata anda kan..kalau yang tak baik better kita tegur la tapi tegurlah dengan cara berhemah..semua orang berhak dapat layanan yang baik tanpa mengira darjat atau pangkat..

Akhir kata daripada aku yang tak seberapa ni..selalulah kita fikir positive kerana dengan berfikiran positif hidup kita akan selalu tenang..chill je lah guys...

Maka dengan itu sekian sajalah cerita hari ini..nanti kita jumpa lagi ya..bye...

Assalamualaikum..

Wednesday, June 26, 2019

Resepi Untuk Si Manja Cilik

Assalamualaikum...

Hai....see you again..

Hari ini aku nak share dengan hampa semua yang tengok aku punya blog pasal resepi makanan baby..

Masa mula-mula aku tengok resepi nie rasa macam tak yakin sebenarnya nak buat...sebab melibatkan oat..tapi dengan kegigihan dan kecekalan hati aku nie, aku teruskan juga niat aku nak buat bagi anak aku makan..

Anak aku baru 9 bulan so tak banyak benda yang boleh dia makan lagi..lagi pun gigi pun belum tumbuh lagi..so banyak makanan yang terhad untuk dia makan..ada org cakap kalau baby lambat tumbuh gigi kemungkinan dia cepat berjalan..kita tunggu dan tengok lah nanti ye..hehehe

First thing first,hampa mestilah kena ada oat.. sebab nama resepi nie Pumpkins Oat Pancake..aku guna oat macam nie ja..senang bancuh..incase la katakan hang pun lapar so hang sekali boleh bedal makan oat nie..hehehe


So,hanya tiga bahan yang diperlukan untuk buat pancake nie :

- Oat( yang di blend halus)
-Pumpkin yang dah di'steam'kan
-minyak olive oil(sedikit sahaja)
*no salt,no sugar, no msg and no egg yet



campur semua bahan tu then hampa gaulkan semua dengan air panas..macam dalam gambar nie...
then masak la atas api dengan menggunakan periuk non-stick pan..maka kejadiannya pon beginilah..


maaflah tak berapa nak lawa kejadiannya..hahaha..tapi yang penting anak aku enjoy makan..sampai habis semua tu dia sorang ja makan walaupun tanpa gigi..hehehe..

Ok lah, aku back to basic dulu lah ya..macam biasa la...aku kena update blog nie time anak aku dah tido ja..kalau tak memang apa habuk pun tak dapat type sebab dia pun sebok nak menaip jugak..jadi solutionnya aku menaip time malam ja lah..lagi pun time macam nie lah idea nak mencurah-curah senang nak buat kerja..ok..Selamat Mencuba Semua Ibu-ibu..semoga bermanfaat untuk anda dan anak-anak anda.. esok aku try share benda lain pulak ok.. insya ALLAH..

Nite...Assalamualaikum..

Monday, June 24, 2019

Last minute punya Tema raya

Assalamualaikum guys... 

wow....long time not see you guys yaaa ..i think almost 2 month not see you all..so now i'm back.....

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami sekeluarga... macam mana raya kali nie?? lebih meriah ke? macam I of course bertambah bahagia sikit sebab i punya family bertambah...macam tahu lepas kami raya berdua belum bertiga(sebab masa tu Aiman masih dalam perut)..so untuk tahun nie aku punya family jadi bertiga dah..so nampak tak bahagia nya disitu... untuk tahun depan sabar jap..rehat dulu..hehehhe




so, tahun nie aku punya tema still lagi ke laut.. last minute punya otak pikir nak pakai warna apa..bukan apa sebenarnya.. aku nie jenis nak cakap cerewet tak da la sangat tapi boleh la tahan jugak.. banyak kedai jugak weh aku pergi cari baju raya tapi tak da yang berkenan dihati..

lagi satu problem sebenarnya, nak cari baju raya untuk si kecik tu..wahh bukan main susah sebenarnya.. apa-apa pun sekarang kena cari baju si kecik tu dulu baru pikir baju kamu berdua.. so bila dah dapat baju dia baju cari baju kami pulak..

memang bersepah kedai kami cari sebenarnya dari perak ke kedah pastu last sekali ke perak jugak..semuanya sebab aku lah..hahaha ada yang aku berkenan tapi laki aku tak berkenan ada, ada yang aku dengan laki aku berkenan tapi baju anak pulak tak ada..macam-macam weh... last sekali aku pergi Gene Martino..solution last cari baju...complete weh kalau nak cari baju sedondon kat situ..kau nak warna apa semua ada pilih ja..if let say kau tak berkenan dengan baju laki kau..kau pilih je lah baju kau dengan anak pastu baju laki kau cari la kat luar..sebab baju laki senang sikit cari..bersepah ada jual macam-macam warna..semua sama pattern ja..

jadi kami decide beli ja kat situ sebab laki aku pun mungkin dah letih nak cari baju kesana kesini tanpa ada kesudahannya..jadi kami pun pilih la baju yang agak berkenan dihati..settle masalah baju dan tema...

oleh itu, tahun depan aku berazam(poyo je azam nie) nak cari baju siap2 sebelum puasa or cari kain then tempah ja..senang kan...tak payah nak kelam kabut cari baju sana sini..hahaha

ok lah sampai sini ja aku cerita nanti kita sambung lagi..aku rasa lepas nie aku nak cerita pasal anak aku lah..maybe dari segi pemakanan dia or perkembangan dia..kita tunggu lah ye tengok sebanyak mana kerajinan aku nak menaipnya dan mengarangnya..hahaha..ok lah aku pon nak kembali cari tempat beradu..sebab nak aku still lagi tido selalunya dia dah bangun mintak milk-milk(susu) dia dah..tapi malam nie nyenyak pulak dia tido..ok lah.. bye uollss...jumpa lagi nanti...

Monday, April 15, 2019

VIRAL : PENANGAN BLOG CIK EPAL PART 2

                                                             
                         ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....

Kembali lagi kita hari ini, harap semua sihat-sihat ya...okay hari nie aku nak sambung cerita semalam yang belum jumpa ending dia lagi.. semalam aku sibuk buat kek so terpaksa la aku tangguhkan dahulu bebelan aku nie.

So, sambungan dia macam nie, eh... sebenarnya aku nak bagitahu gambar yang aku cakap nak tunjuk tu memang dah tak ada...merata-rata aku cari tak jumpa juga sebenarnya...so dengan rendah hati aku minta maaf dekat hampa semua...

But it okay kita sambung ja ceritanya..then lepas ja aku buat test memang result macam nie..jap aku google kat hampa..disebabkan aku tak ada gambar original so terpaksa la aku google sendiri cari...




ha....macam ni la rupanya...sebijik wehh...sebab aku kan first time so aku tak tahu apa nie result positive or negative.. then aku sent gambar nie dekat kakak aku, then you know what dia cakap "ha positif la nie..tahniah...p klinik buka buku merah" lebih kurang macam tu la dia cakap..  

Lepas ja ku g buat check up dekat klinik memang disahkan aku mengandung 6 weeks..alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi anak awalkan..so mula la hidup aku lalui fasa ibu mengandung dari first trimester, second trimester..alahan apa semua tu tak payah cerita la kan..memang semua ibu mengandung akan lalui fasa-fasa tersebut cuma teruk or not je..

so, pada third trimester tak silap aku, weeks 34 or 35 entah, akak aku ada bagi akar kacip fatimah tak silap aku orang panggil benda tu.. jap aku tunjuk kat hampa rupa dia..


ha..nie la dia rupa bentuknya..bila kita rendam dalam air dia akan jadi kembang semangkuk, macam nie...


so aku pun buat la macam gambar diatas(google) aku minum 2 botol ye..hahaha...selama dua hari aku minum..hahahaha... jadi bila masuk saja minggu ke 35 hampir-hampir minggu ke 36, tiba-tiba air ketuban aku pecah dekat rumah..mula tu aku ingat air kencing so aku relax la dulu sebab tak sakit weh tapi bila dibiarkan makin lama makin banyak..time tu husband aku baru saja pergi kerja about 30 minute macam tu..dah tu apa lagi memang zapp aku capai handfone aku kol akak aku.. tanya dia air ketuban macam mana kalau turun..pastu warna apa..then dia bagitahu sekian-sekian aku terus kol husband aku suruh balik cakap air 'mungkin' air ketuban dah pecah...

sesampai ja husband aku depan pintu, aku pun get ready nak keluar rumah masuk dalam kereta sebab barang semua aku dah prepare siap-siap depan pintu..so tak kalut sangat pasal barang tu..then kami pun pergi la Hospital dekat ward Labour room..seriously, aku ni mula-mula tu ingat labour room tu memang betul-betul bilik bersalin..rupanya labour room tu besar.. so sementara nak tunggu giliran aku untuk masuk check kami tunggu kat tempat menunggu.. dalam berapa minit macam tu doc panggil nama aku suruh masuk bilik untuk buat check up..and guess what,memang ternyata air ketuban aku yang pecah dan semakin berkurangan.. so aku kena admit ward semalam..doc bagi aku masa 24 jam dan dia cakap kalau aku tak sakit contraction dalam masa 24 jam aku akan di cser untuk selamatkan bayi tersebut..

malam aku warded, memang tak dapat tido weh..nervous sangat...pastu tak silap aku pukul 3 pagi nurse datang check CTG (hampa google la sendiri apa tu CTG) , time tu nurse tu cakap ''esok pagi pukul 7 kita masuk ubat ya jadi kena mandi awal sikit pastu beratur dekat depan kaunter'' so aku pun ya kan ja sebab memang dah tak boleh buat apa.. jadi bila tiba waktu pukul 7 aku pergi beratur dan u know what my name is the first one.. mengelabah biawak weh.. mahu ka tak kena juga masuk..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lepas ja masuk ubat aku disuruh untuk baring diatas katil dan tidak dibenarkan untuk bergerak kemana-mana selama 1 jam.. dan memang satu jam la aku terbaring atas katil tu sambil nangis sorang sebab sakit dia lain macam weh..elok lepas sejam nurse datang suruh aku pergi kencing tapi time tu air ketuban still lagi keluar sikit-sikit.. non stop weh dari first turun..oh lupa nak cakap doctor tu ada pesan dekat aku, dia cakap' kalau awak tak sakit lagi dalam masa 6 jam pukul 1 kita terus cser ya" so macam biasa aku pon ya kan saja... tp lepas je sejam mungkin ubat tu bagi tindak balas tiba-tiba perut aku rasa sakit-sakit.. tapi sakit sengal-sengal macam tu ja..macam-macam ayat dah aku duk baca sambil-sambil buat senaman ringan..nak bagi mudah baby keluar orang cakap.. so time aku duk senaman tu ada nurse datang lagi mintak aku baring untuk buat check up CTG lagi untuk kali yang ke berapa pun aku tak ingat..

ha..jeng..jeng...tiba-tiba perut aku sakit yang tersangat-sangat..dan aku ditolak masuk ke dalam labour room..tak sampai 30 minit aku baring dalam labour tu,alhamdulillah dengan bersalin normal keluar lah seorang hero aku yang dikatakan pre-matured baby..aku bersalin dekat dia 35 weeks 6 days.. tarikh dia keluar dari perut aku pon cantik sangat 16/9 HARI MALAYSIA weh...

so, sambungan cerita nie aku sambung nanti..kalau sempat aku cerita kejap lagi..

ok tada...bye... assalamualaikum...see you soon guys..

 

Sunday, April 14, 2019

Viral : PENANGAN BLOG CIK EPAL DAN HANIS ZALIKHA

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Pada tanggal 01 DIS 2017, 

Seorang anak perempuan iaitu aku dari lima orang adik beradik telah diijab kabul bersama seorang lelaki. Kami telah dinikahkan di sebuah masjid di kampungku.

Selepas aku berkahwin selama dua minggu, alhamdulillah rezeki menjemput aku untuk bekerja di sebuah syarikat. Alam pekerjaan yang aku lalui hanya sementara. Lebih kurang dalam tempoh 3 bulan.

Pelbagai pengalaman yang aku pelajari sepanjang tempoh bekerja itu. Tetapi malangnya company tersebut tidak dapat bertahan lama kerana krisis kewangan. So aku ambil keputusan untuk berhenti dan kebetulan waktu aku berhenti itu company tersebut memang tidak lagi meneruskan contract dengan main sub company.

Pada tarikh sekian sekian. yada T_T...sebelum aku berhenti kerja aku ada check pregnancy test untuk yang first time...and guess what the result is: 

ya the result yang aku dapat is negative.. sorry la gambar ni aku ambil dari google sebab aku memang tak da gambar original..almaklum la kan..result negative so aku buang terus dalam tong sampah..hehehe๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹

Then tak silap aku pada hujung bulan 2 or 3 aku buat lg sekali test.. yang boleh tiba-tiba rasa nak check untuk kali kedua tu sebab aku rasa macam pelik period aku datang sehari ja..then aku ajak suami aku pergi beli alat pregnancy test..hampa jangan tanya aku pulak kat mana nak beli๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ..kang aku cepuk jugak sorang-sorang.. hampa pergi saja mall yang besar-besar kan ada Watson Guardian bagai tu dak pon pergi saja seven11 tu bersepah jual benda alah tu..jangan beli benda lain sudah lah.. alah beli yang murah-murah sudah yang satu berapa ringgit entah tapi yang pasti tak sampai rm10.. itu pon kalau nak jimat macam aku la..kalau hampa ada duit lebih beli la CLEAR BLUE  yang harga rm50++..ikut kemampuan masing-masing lah kan..

Setelah aku buat ujian tersebut aku dapati result nya (ceh tetiba ayat macam skema).. ya sebenarnya aku confius negative ka positif result dia.. sebab line dia macam nie.. sat aku tunjuk kat hampa gambar original yang aku snap sendiri lepas aku letak air kencing...

Eh sorry la hampa..tetiba bila aku check balik dalam handphone aku tak ada pulak..so nanti aku tunjuk nah...

eh nanti aku sambung balik cerita..insya ALLAH kalau ada kelapangan masa malam nie aku sambung cerita..KEK MARBEL dah masak aku nak pergi check tengok jadi apa kat kek tu... 

bye guys... see you soon..   

EH  by the way, nanti aku ceritakan pulak apa kisah sebalik KEK MARBEL..๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜