Nuffnang Ads

Tuesday, July 16, 2019

RESEPI : Aglio Olio Terbaik Viral

Assalamualaikum semua.... 

apa khabar?? rasa hari ini aku nak share resepi lagi iaitu aglio olio..makanan ni mudah dan senang sangat nak buat..boleh juga nak jamu tetamu yang bertandang kat rumah kita kan.....

resepi yang aku nak tunjuk ni dari kawan aku juga...so bila aku try buat memang sedap...
aku yang dari awal tak pandai makan spageti sampai dah jadi favourite sekarang nie..so boleh bayang tak macam mana sedapnya tu...heheehehe

jadi mari aku tunjuk macam mana nak buat resepi nie dengan mudah dan pantas..



gambar yang di atas nie adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat spageti aglio olio ni..jadi bahan-bahannya adalah
*udang (beberapa ekor)
*cili kering (satu piring air)
*bawang merah (satu biji)
*bawang putih (satu biji)
*baby tomato (beberapa biji)
*sayur (ikut kesukaan)
*serbuk oregano

cuci semua bahan diatas sehingga bersih dan jangan lupa rebus spageti dulu bagi masak lepastu toast kan ia bagi kering sebelum kita masukkan dalam kuali...

Step 1:  tumiskan bawang bersama cili kering untuk mendapatkan aroma yang wangi 

Step 2: masukkan udang yang telah digoreng sekejap untuk mendapatkan kulit udang yang berwarna kekuningan emas

Step 3: masukkan spageti yang telah direbus sebentar tadi.. serta letakkan bersama sedikit garam dan gula secukup rasa

Step 4: setelah digaulkan semua bahan diatas..tiba masa masukkan sayur dan baby tomato dan gaul semula...biarkan seketika sehingga sayur tersebut masak...

Step 5: taburkan serbuk oregano diatas dan gaul sehingga rata..dan biarkan sehingga masakan itu betul-betul masak...

Step 6: siap untuk dihidang.......


nyummmy kan...serius anda semua boleh cuba dirumah..jangan lupa bismillah sebelum makan..okay...

kalau makanan macam ni laki aku boleh tambah banyak kali...perut western betulkan...hehehe..tapi tak kisahlah western ke east ke..yang penting dia makan dengan enjoy...😁😂😁


SO SELAMAT MENCUBA SEMUA... 

KEYWORD:JOFLIAM DAN CIKEPAL SAMAN NETIZEN,TRAVEL,FOOD,PARENTING,BABY,GOOD,HOME, SOCIAL MEDIA,VIRAL

Thursday, July 11, 2019

Resepi: Easy food for baby

Assalamualaikum...

Halo...

how's your mood today...it's everything okay??
i hope your life is wonderful everyday, amin...

okay,,today aku nak share resepi masakan untuk si kecil comel kita yang sangat simple as easy as Abc..aku baru cuba resepi ni,so bagi aku sangat-sangat mudah untuk korang semua cuba buat...make sure anak korang dah boleh menguyah ok..and please monitor anak and semasa dia makan-makanan ini..takut tercekit..😝

nama resepi ni adalah Sweet Potato Finger Food...ianya boleh juga buat untuk korang makan sendiri..sekali sekala nak kreatifkan untuk perut sendiri jugakan...lagipun resepi ni juga boleh buat untuk makan petang dengan teh panas-panas..perh..memang masyuk sangat...hehehee

so, resepinya melibatkan beberapa bahan sahaja....tak banyak pun... jadi kat bawah ni aku senaraikan bahan-bahan dan cara nak buatnya ok....

Sweet Potato Finger Food

Ingredient:

sweet potato(ubi kentang) 1 biji
carrot 1 biji
broccoli (beberapa batang)
tepung jagung (satu senduk)

macam gambar dibawah ni...

Direction:
1. Rebuskan kentang tersebut sampai lembut
2.Untuk sayuran sila steamkan sampai lembut 
3. Selepas semua bahan 1 dan 2 siap masak..lenyekkan bahan tersebut sampai hancur..
4. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan tak melekat di jari-jari anda..
5. Kemudian bentukkan seperti finger yang comel-comel ye atau apa-apa pun bentuk yang anda suka
6. Lastly, gorengkan dengan minyak yang sedikit, jofliam viral

SEBELUM DIGORENG 


SELEPAS DIGORENGKAN


tengoklah anak aku betapa enjoynya dia makan, rasa puas bila dapat buat makanan untuk anak-anak kita..rasa penat lelah buat makanan dia berbaloi sangat... cikepal saman


maka, dengan itu selesailah resepi untuk kali ini...aku berundur diri dulu lah ye...cari makanan aku pulak..lapar weh...hahahaah..bye..assalamualaikum... cik epal dan jofliam pergi melancong

selamat mencuba !!!!!!!

Saturday, July 6, 2019

Resepi: Famous Recipe Nowadays

Assalamualaikum....

hai semua...maaf la dua tiga hari ni tak ada sebarang update..being busy for a few days...

So today aku nak cerita pasal recipe yang hot,meletop,famous, and easy peasy lemon squeezy...ha...betapa senang sangat-sangat recipe ni..kalau dah tak ada idea nak masak apa untuk tetamu datang bolehlah guna recipe nie...

yang aku nak bagi nie recipe ala-ala western tapi diubah suai bahan-bahan mengikut cita rasa sendiri... macam aku kalau rasa dah tak tahu nak makan apa sangat, ini la recipe yang aku selalu buat..cikepal viral,cikepal saman netizen



Recipe Spaghetti Bolognese 

ingredient seperti dibawah :

Bahan A
bawang besar (2 labu)
bawang putih (4 ulas)
cili hijau (segenggam) ikut suka hati kalau nak lagi pedas letak la lagi banyak-banyak ok..
ayam kisar (ikut suka juga nak letak banyak mana)
sos tomato kimball (yang besar ya..kejap lagi aku tunjuk gambar)
sos puree tomato kimball (2 tin kecil)
*tomato (4 biji masukkan kemudian) 








direction:

tumis bahan A..selepas itu masukkan air dua 3 tin kecil kimball..tapi terpulang kepada korang semua sama ada nak cair or pekat..kalau aku lebih suka pekat baru umm(sedap)..kemudian masukkan garam gula dan serbuk perasa(option)...tunggu hingga mendidih masukkan tomato untuk finishing...dah cukup rasa semua siap untuk dihidang..

jangan lupa rebus spaghetti pulak ya..hehehehe

nah aku belanja sikit gambar masa aku buat tu...
 selamat menjamu selera dan selamat mencuba kawan-kawan semua...bye..assalamualaikum...


Wednesday, July 3, 2019

The most delicious broccoli in the world

Assalamualaikum semua..
oh hai..

Pembuka kata aku selalunya mesti sama ja kan..macam tak ada ayat lain dah..hahaha tapi kira okay la kan mula-mula bagi salam...macam kita masuk rumah orang kena la bagi salam sebelum masuk.. baru la berkat kan..

So, hari ni menarik sikit tajuk aku (perasan je..hehehe)..sebab aku nak cerita pasal anak aku yang suka makan broccoli..rupanya memang peminat tegar rupanya..tapi tak tau la bila besar sikit nanti..kot-kot dah tak berkenan cuma buat masa sekarang alhamdulillah dia suka sangat..nah aku belanja gambar time dia tengah menikmati broccoli paling sedap dia tu..



Sebelum korang bagi anak makan make sure basuh elok-elok then steam/kukus/rebus kan selama beberapa minit kalau aku buat 6 minit baru lembut... tapi tak berapa lembut sangat la..bukan apa senang anak aku nak makan... dia kan tak da gigi lagi so itu la caranya nak bagi dia makan sayur..



Sebenarnya aku bagi anak aku makan broccoli nie bukan sebab apa..jangan kata kau tak bagi makan nasi pulak ya...aku bagi broccoli tu sebab nak bagi dia ada kemahiran/skill memegang yang bagus tambah pulak bagi dia minat makan sayur..kan bagus untuk kesihatan..

Sebenarnya ramai yang tak tahu kebaikan broccoli nie..jadi meh aku cerita satu persatu pasal kebaikan sayur ni..


Kebaikan broccoli :

1.Mempunyai nutrisi yang paling bagus untuk memerangi kanser
2.Sayur yang mempunyai kalori yang rendah
3.Rendah lemak dan bebas kandungan lemak tepu
4.Mengandungi energi,karbohidrat,vitamin dan mineral yang sangat berguna kepada tubuh badan kita..
5.Bagus untuk mata kita
6.Mencantikkan kulit

Dan banyak lagi sebenarnya kebaikan sayur ni..jadi kalau nak tau lebih rajin-rajin google nah...

Maka dengan itu untuk penutup hari ni aku belanja satu video anak makan the most delicious broccoli in the world..bye....


Monday, July 1, 2019

New hot treatment for colds, coughs and fever

Assalamualaikum guys..

See you again...

Sorry for not having any recent update for these two days guys...time for family kan...hehehe

Post aku kali ni nak cerita pasal ubat ( maybe we call it as a medicine) or treatment untuk merawat sakit seperti batuk, selsema, and demam. aku baru saja dapat tahu pasal rawatan ni dan aku dah cuba untuk anak aku... don't worry ianya tak merbahaya..sebab bahan yang kita guna harian itulah yang akan kita guna...

So, ceritanya macam ni..."maaflah ya aku cerita dulu kenapa aku buat rawatan ni..hehehe"...pada asalnya anak aku kurang sihat biasa la kan nama pun baby..confirm ada juga sakit-sakitnya tu walaupun kita jaga sehabis baik..so, aku sebagai ibu yang mithali(hehehe) cari lah ikhtiar untuk rawat anak aku ni guna cara tradisional bak kata doctor no medicine for baby under 2 years... 😏

oleh itu, aku pun cari la alternative lain dulu untuk rawat anak aku ni sebelum bawa ke doctor, incase kalau tak lega lagi lah...tapi alhamdulillah mungkin dengan cara yang dipanggil magic home ni berkesan untuk anak aku...tapi aku bagi tau siap-siap nah tak semua budak serasi dengan cara ni..oleh itu kita kena berusaha sikit demi anak-anak yang sihat, terbilang dan gemilang...hehehehe

Magic Home ni senang dipanggil onion apple essence..first sekali kat rumah mesti kena ada 1 biji bawang holland dan 2 biji epal merah bukan epal hijau mesti merah juga sebab aku buat aritu guna epal merah so jangan nak bangkang aku nah..aku pangkang juga nanti...hehehe

Lepas tu bawang holland tu mesti kupas dan freezekan semalaman..aku pun tak tau kenapa kena freeze mungkin sebab nak air bawang tu kot.. jadi, bila kau nak ready nak buat, kau potong pulak epal (untuk epal ikut suka nak buang kulit dia atau tidak sebab bagi aku kulit epal ada khasiat tersendiri)..terserah nak potong macam mana pun bulat ke bujur ke petak ke,semua tu terpulang dekat korang janji boleh masuk dalam bekas ja...

maaf la aku tak ada gambar untuk bahan tu sebab aku lupa nak snap masa aku duk potong semua bahan-bahan tu..lepas potong semua bahan kemudian masuk dalam bekas macam nie..


kemudian steam/kukus bahan-bahan nie atas api tapi pastikan tutup periuk tu nah...air dalam periuk kukus tu pastikan banyak sebab nak kena kukus selama sejam weh untuk dapatkan air banyak nie(macam dalam gambar kat bawah)...


sikit ja sebenarnya..tapi okay la untuk sekali minum...kita yang dewasa pun boleh minum tau..jadi ini lah yang dipanggil onion apple essence, rasa pun sedap tau cuma bau dia ja yang kurang menyenangkan..

maka dengan itu, cukuplah sampai sini ja aku cerita pasal onion-onion ni...jangan jadi aunty/uncle onion sudahlah...hehehe..last sekali aku belanja video masa aku buat benda alah nie ya....selamat mencuba guys...  assalamualaikum...love from me...

p/s: if you have a question for me just drop the comment below okay..i will reply as soon as possible..