Pada tanggal 01 DIS 2017,
Seorang anak perempuan iaitu aku dari lima orang adik beradik telah diijab kabul bersama seorang lelaki. Kami telah dinikahkan di sebuah masjid di kampungku.
Selepas aku berkahwin selama dua minggu, alhamdulillah rezeki menjemput aku untuk bekerja di sebuah syarikat. Alam pekerjaan yang aku lalui hanya sementara. Lebih kurang dalam tempoh 3 bulan.
Pelbagai pengalaman yang aku pelajari sepanjang tempoh bekerja itu. Tetapi malangnya company tersebut tidak dapat bertahan lama kerana krisis kewangan. So aku ambil keputusan untuk berhenti dan kebetulan waktu aku berhenti itu company tersebut memang tidak lagi meneruskan contract dengan main sub company.
Pada tarikh sekian sekian. yada T_T...sebelum aku berhenti kerja aku ada check pregnancy test untuk yang first time...and guess what the result is:
ya the result yang aku dapat is negative.. sorry la gambar ni aku ambil dari google sebab aku memang tak da gambar original..almaklum la kan..result negative so aku buang terus dalam tong sampah..hehehe🙋🙋
Then tak silap aku pada hujung bulan 2 or 3 aku buat lg sekali test.. yang boleh tiba-tiba rasa nak check untuk kali kedua tu sebab aku rasa macam pelik period aku datang sehari ja..then aku ajak suami aku pergi beli alat pregnancy test..hampa jangan tanya aku pulak kat mana nak beli😠😠..kang aku cepuk jugak sorang-sorang.. hampa pergi saja mall yang besar-besar kan ada Watson Guardian bagai tu dak pon pergi saja seven11 tu bersepah jual benda alah tu..jangan beli benda lain sudah lah.. alah beli yang murah-murah sudah yang satu berapa ringgit entah tapi yang pasti tak sampai rm10.. itu pon kalau nak jimat macam aku la..kalau hampa ada duit lebih beli la CLEAR BLUE yang harga rm50++..ikut kemampuan masing-masing lah kan..
Setelah aku buat ujian tersebut aku dapati result nya (ceh tetiba ayat macam skema).. ya sebenarnya aku confius negative ka positif result dia.. sebab line dia macam nie.. sat aku tunjuk kat hampa gambar original yang aku snap sendiri lepas aku letak air kencing...
Eh sorry la hampa..tetiba bila aku check balik dalam handphone aku tak ada pulak..so nanti aku tunjuk nah...
eh nanti aku sambung balik cerita..insya ALLAH kalau ada kelapangan masa malam nie aku sambung cerita..KEK MARBEL dah masak aku nak pergi check tengok jadi apa kat kek tu...
bye guys... see you soon..
EH by the way, nanti aku ceritakan pulak apa kisah sebalik KEK MARBEL..😁😁😍
No comments:
Post a Comment